Kelas KPKK yang dikendalikan oleh KEMAS Pasir Gudang telah dijalankan sejak bulan Jun 2011 dan sekarang ini kelas tersebut masih dijalankan pada petang Isnin tiap-tiap minggu. Kini semakin ramai wanita dan kaum ibu-ibu menyertai kelas ini yang sekarang disertai seramai lebih 20 orang.
Antara kelas yang dijalankan seperti kelas memasak, membuat kuih serta gubahan dan atas inisiatif beberapa orang ibu - ibu telah mengadakan bengkel menjahit pada petang Selasa tiap-tiap minggu. Dengan adanya kelas seperti ini dapatlah memberi ilmu dan pengalaman kepada kaum wanita dan ibu-ibu serta mengisi masa lapang dengan program - program berunsur ilmu.
No comments:
Post a Comment