Saturday, December 11, 2010

Hari Keluarga Komuniti 1 Malaysia Parlimen Pasir Gudang

Pada sabtu 4 Disember 2010, Wanita UMNO bahagian Pasir Gudang bersama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat serta Kolej Komuniti Pasir Gudang telah menganjurkan Program Hari Keluarga Komuniti 1 Malaysia yang diadakan di Bukit Layang - Layang, Pasir Gudang. Program ini dirasmikan oleh YB. Dato' Seri Hj Mohamed Khaled Nordin - Menteri Pengajian Tinggi Malaysia merangkap Ahli Parlimen pasir Gudang.

Berbagai program dan acara diadakan seperti pertandingan bola jaring berkain, sukaneka, pertandingan memasak & gubahan, pertandingan bayi comel dan berbagai lagi aktiviti yang menarik.

Photobucket
YB Dato' Seri dengan gaya berkain pelikat bergerak
untuk perasmian program ini

Photobucket
Antara VIP yang hadir dalam program ini

Photobucket
Aktiviti pertandingan bola jaring berkain

Photobucket
Kemeriahan aktiviti sukaneka tarik tali

Photobucket
Wakil dari Zon Air Biru 2 telah mendapat johan pertandingan
memasak masakan 1 Malaysia

Friday, November 19, 2010

Agihan Daging Lembu Korban Oleh Biro Belia & Sukan JKP Zon Air Biru 2 Sempena Hari Raya Aidiladha

Pada 17 November 2010 bertepatan dengan suasa sambutan Hari Raya Aidiladha, En. Norhazli bin Mohamad - Pengerusi Biro Belia & Sukan Zon dan En. Khairul Fahmi - Setiausaha JKP Zon Air Biru 2 telah membuat edaran daging korban kepada mereka - mereka yang kurang mampu, ibu tunggal, OKU dan anak yatim disekitar kawasan Rumah Pangsa Peringkat 1. Daging korban adalah hasil sumbangan dari Surau Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket
En. Norhazli dan En. Fahmi sedang menyampaikan
sumbangan daging kepada antara penduduk
sekitar Rumah Pangsa Peringkat 1

Monday, November 15, 2010

Pelancaran Program "Community Policing" Peringkat IPD Seri Alam

Pada Sabtu 13 November 2010, Seramai 4 orang AJK MPPG Zon Air Biru 2 menghadiri Pelancaran program diatas anjuran Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Seri Alam yang diadakan di Dataran Al Hamra, Menara Aqabah, Pasir Gudang. Program dilancarkan oleh Y.B Dato' Seri Hj Mohamed Khaled Nordin - Menteri Pengajian Tinggi merangkap Ahli Parlimen Pasir Gudang. Turut hadir ialah YDH DCP. Dato' Mohd Mokhtar bin Hj Md Sharif - Ketua Polis Johor, Tn. Hj. Rahim bin Nin - yang Dipertua MPPG dan Supt. Mohd Roslan bin Zainudin - Ketua Polis IPD Seri Alam.

Turut diadakan gimik perasmian "Community Policing" dimana dipersembahkan dengan persembahan pancaragam dari PDRM, gimik membentras jenayah dan pertunjukan kecekapan dari dari Cawangan Polis Traffic. Selain aktiviti diatas turut diadakan sudut pameran yang berkenaan dengan Polis Diraja Malaysia. Acara bermula pada jam 9.00 oagi dan berakhir jam 12.30 tengahari.

Photobucket
Antara VVIP Y.B Dato' Seri Hj Khaled Nordin bersama
Ketua Polis Johor, YDP MPPG dan Ketua Polis IPD Seri Alam

Photobucket
Antara pengunjung yang hadir menyaksikan

Photobucket
Pelancaran oleh YB Dato' Seri Hj Khaled bin Nordin

Photobucket
Persembahan gimik perasmian

Photobucket
Persembahan dari pancaragam PDRM

Photobucket
Persembahan oleh Unit Cawangan Polis Traffic

Selamat Hari Raya Aidiladha 1431 H/ 2010 M

Wednesday, October 13, 2010

Selamat Menunaikan Ibadah Haji 1431 Hijran/ 2010 Masihi

JKP Zon Air Biru 2 mengucapkan selamat berangkat & selamat menunaikan Ibadah Haji kepada mereka -

1. En. Sabran bin Awang (Pengerusi JKP Zon) & Isterinya
2. En. Abu Bakar bin Taib (AJK Zon) & Isterinya
3. En. Suhada bin Biran & Isterinya
4. En. Taib bin Amin & Isterinya

Semoga mereka mendapat keberkatan di Tanah Suci dan Haji yang mabrur - Amin

Sunday, October 10, 2010

Majlis Meraikan Bakal Haji JKP Zon Air Biru 2

Pada 9 Oktober 2010, JKP Zon Air Biru 2 telah mengadakan programnya diatas bagi meraikan bakal-bakal haji dari Zon Air Biru 2 bertempat di Pusat Komuniti RPP1. Seramai hampir 50 orang penduduk terdiri dari ketua - ketua masyarakat dan penduduk di sekitar kawasan Zon MPPG Air Biru 2. Seramai 8 orang bakal haji dari Zon Air Biru 2 dipilih bagi mengikuti ibadah haji pada tahun ini. Majlis dimulakan dengan ucapan dari bakal - bakal haji dan bacaan doa selamat agar mereka ini selamat pergi dan balik serta mendapat haji yang mabrur.

Photobucket
Antara penduduk yang hadir dalam majlis ini

Photobucket
En. Aziz sedang membaca doa selamat

Photobucket
En. Musa dan En. Aziz sedang berbual selepas
menjamu selera

Tuesday, October 5, 2010

Gotong Royong Perdana MPPG 2010

Pada Sabtu 3 Oktober 2010, Majlis Perbandaran Pasir Gudang telah menganjurkan program diatas yang diadakan serentak di 24 zon dalam MPPG pada tarikh tersebut yang dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Hj Mohamed Khaled bin Nordin – Menteri Pengajian Tinggi merangkap Ahli Parlimen Pasir Gudang. Turut hadir ialah YDP MPPG Tn. Hj. Rahim bin Nin, Ahli – ahli majlis MPPG serta ketua – ketua masyarakat yang diadakan di Blok 53, Taman Cendana.

Bagi peringkat zon air biru 2 diadakan taklimat gotong royong oleh En. Sabran bin Awang – Pengerusi JKP Zon Air Biru 2 merangkap Ketua DeVIT Zon Air Biru 2 bertempat di Perumahan Bakti 1. Seramai hampir 100 penduduk menjalankan gotong royongnya di kawasan masing – masing iaitu di Perumahan Bakti 1 dan 2, Rumah pangsa Peringkat 1 (termasuk KTMB Flat) dan perumahan Perjiranan 10. Turut hadir ialah En. Sabapathy a/l Ramasamy, Pengerusi Zon Air Biru 2 merangkap Ahli Majlis MPPG, En. Ariffin dari Jabatan Kesihatan MPPG dan En. Solaino dari Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru.

Photobucket
En. Sabran Awang - Pengerusi JKP merangkap
Ketua DeVIT Zon Air Biru sedang memberikan
taklimat

Photobucket
Sebahagian penduduk yang berkumpul di Perumahan
Bakti 1 sedang mengedarkan plastik sampah

Photobucket
Gotong royong pembersihan sedang dijalankan

Photobucket
Antara ahli DeVIT Zon Air Biru 2 yang hadir
dalam gotong royong ini

Photobucket
Turut hadir ialah En. Sabapathy - Ahli majlis MPPG
Zon Air Biru 2 dan En. Solaino - Pejabat Kesihatan
Johor Bahru

Monday, September 27, 2010

Majlis Meraikan Bakal Haji & Sambutan Aidilfitri RPP1

Pada Sabtu 25 September 2010, KRT RPP1 bersama dengan DeVIT RPP1 telah mengadakan program diatas yang didakan di pekarangan Blok 15, SEDC Flat. Seramai lebih 100 orang terdiri dari jemputan dan penduduk hadir dalam majlis ini. Dalam majlis ini diadakan bacaan doa selamat bagi bakal - bakal haji serta sedikit ucapan dari mereka. Majlis bermula jam 8.45 dan berakhir jam 11.00 malam.

Photobucket
Antara tetamu yang hadir dalam majlis ini

Photobucket
Tetamu wanita juga hadir dalam majlis ini

Photobucket
En. Sabran - Pengerusi KRT dan DeVIT RPP1
sedang memberikan ucapanya bagi pihak
bakal - bakal haji

Photobucket
Ketika sedang mengambil makanan

Photobucket
Para penduduk sedang menjamu selera

Thursday, September 23, 2010

Majlis Meraikan Bakal Haji & Sambutan Aildilfitri RPP1

Tarikh
25 September 2010 (Sabtu)
Tempat
Hadapan Blok 17, SEDC Flat Pasir Gudang
Masa
8.30 mlm hingga 11.00 mlm

Thursday, September 16, 2010

Tahniah Kepada Zon MPPG Air Biru 2

Taman Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1 telah mendapat anugerah Naib Johan Pertandingan Landskap dan Pencahayaan serta Naib Johan Pertandingan Kibar Jalur Gemilang peringkat MPPG sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke 53. Terima kasih kepada mereka yang membantu dan menyumbang dalam menghiasi Taman Koumniti ini.

Photobucket
Plaq pertandingan hias jalur gemilang & landskap

Photobucket
Sijil penyertaan pertandingan

Tuesday, September 7, 2010

Gotong Royong Penyediaan dan Edaran Bubur Lambuk Sempena Bulan Puasa

Jawatankuasa Peti Undi SKPG3 bersama UMNO Cawangan RPP1 dan KRT RPP1 telah mengadakan program diatas pada hujung minggu sepanjang bulan puasa iaitu pada 15, 22, 29 Ogos dan 5 Septermber 2010. Ia merupakan kesinambungan dari Program Bengkel Demonstrasi Bubur Lambauk yang diadakan pada awal bulan Ogos yang lepas.

Gotong Royong bermula pada jam 9.00 pagi di hadapan Blok 13 SEDC Flat dan disebelah petang pula mengedarkan bubur lambuk kepada penduduk dalam kawasan Rumah Pangsa Peringkat 1. Turut hadir meninjau ialah Tn. Hj. Rahim bin Latiff - Pengerusi Peti Undi SKPG3.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Tuesday, August 31, 2010

Program Terjah Sahur Belia 4B Parlimen Pasir Gudang

Photobucket

Pada awal pagi Ahad 29 Ogos 2010, Kawasan Rumah Pangsa Peringkat 1 menerima kunjungan dan bersama - sama menjayakan program diatas anjuran Persatuan Belia 4B Kawasan Parlimen Pasir Gudang. Seramai hampir 25 orang ahli persatuan diketuai oleh En. Amran bin Arsat - Pengerusi Belia 4B Pasir Gudang hadir ke RPP1. Turut hadir dalam program ini ialah Tn. Hj. A. Rahim bin Latiff - Pengerusi Kawasan Peti Undi SKPG3 merangkap Bendahari UMNO Bahagian Pasir Gudang dan En. Roslan - Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang.

Program ini bermula dengan ucapan dari VIP seterusnya bergerak ke rumah yang dipilih untuk bersahur bersama - sama mereka. Selain itu juga Belia 4B menyampaikan sumbangan bahan keperluan dapur kepada keluarga yang telah dilawati. Diakhir program diadakan jamuan bersahur bersama - sama di Pusat Komuniti RPP1 antara Belia 4B dengan penduduk RPP1. Program berakhir jam 4.00 pagi.

Photobucket
Antara Ahli Belia 4B yang hadir

Photobucket
Tn. Hj. Rahim bersama En. Amran bin Arsat

Photobucket
Ahli Belia 4B sedang bergerak ke rumah - rumah

Photobucket
Bersahur bersama keluarga yang diziarahi

Photobucket
Salah satu rumah yang diziarahi

Monday, August 30, 2010

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 53 Dari JKP Zon Air Biru 2

Photobucket

PERHIMPUNAN HARI KEMERDEKAAN KE 53
PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU

Tarikh
31 Ogos 2010 (Selasa)
Tempat
Stadium Perbandaran Pasir Gudang
Masa
7.00 pagi

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan sambutan ini

Saturday, August 28, 2010

Persediaan Untuk Pertandingan Landskap Jalur Gemilang Di Taman Komuniti

Pada malam Rabu 26 Ogos 2010, Beberapa Ahli JKP Zon Air Biru 2 dan penduduk Rumah Pangsa Peringkat 1 bersama - sama menghias jalur gemilang di Taman Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1 bagi persediaan mengikuti Pertandingan Landskap Menghias Jalur Gemilang Peringkat MPPG anjuran Jabatan Landskap MPPG.

Photobucket
En. Sabran dan penduduk sedang berehat sebentar

Photobucket
Antara pondok (Pakola) yang dihias dengan Jalur Gemilang

Photobucket
Ketika sedang menghias bendera

Photobucket
Semasa menghias pintu masuk taman

Photobucket
Antara penduduk yang membantu menghiasi
taman permainan