Wednesday, April 11, 2012

Program Ronda - Ronda Bersama Pemimpin, Polis & Masyarakat

Pada Sabtu 7 April 2012, JKP Zon Air Biru 2 bersama dengan KRT RPP1 telah mengadakan program diatas yang diadakan di Pekarangan Taman Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1. Program ini dirasmikan oleh En. Khairil bin Malik, Setiausaha Politik kepada YB Dato' Seri bagi mewakili YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi merangkap Ahli Parlimen Pasir Gudang. Turut hadir ialah YB Datuk M. Munusamy ADUN Permas, En. Roslan Hassan wakil Pegawai Perpaduan Daerah JB dan wakil dari PDRM IPD SEri Alam.

Turut diadakan pengisian ialah majlis sambutan Maulidur Rasul oleh para ibu - ibu anjuran Yassin Perdana RPP1 dan Pertandingan Night Xplore Race anjuran Echo Rovers Crew. Seramai lebih 150 orang terdiri dari kanak - kanak dan remaja berumur 7 hingga 18 tahun menyertai pertandingan ini. Diakhir perasmian para VIP dengan SRS KRT RPP1, polis dan masyarakat setempat bersama - sama mengadakan rondaan disekitar kawasan Rumah Pangsa Peringkat 1. Program ditamatkan pada jam 1.00 pagi.

Photobucket
Para VIP termasuk En. R. Sabapathy, Ahli Majlis MPPG
Zon Air Biru 2

Photobucket
Ucapan perasmian oleh En. Khairi Malik
wakil rasmi YB Ahli Parlimen Pasir Gudang

Photobucket
Para wanita juga turut bersama dalam
rondaan ini

Photobucket
Peserta Night Xplore Race sedang mendaftarkan
diri bagi menyertainya

Photobucket
Antara gelagat peserta Xplora Race

Photobucket
Persatuan Seni Silabam Johor bersedia untuk
acara persembahanya

Photobucket
Penyampaian hadiah untuk pertandingan Night Xplore
Race oleh En. Khairi Malik

Photobucket
En. Khairi bersama dengan YB ADUN Permas
dan En. R. Sabapathy bersama polis dan penduduk
mengadakan rondaan malam

Tuesday, April 10, 2012

11 April 2012 Hari Pertabalan Yang Dipertuan Agong Ke 14 - DAULAT TUANKU

Photobucket

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
Yang Dipertuan Agong
Al Sultan Al Mu'tasimu Billahi Muhibbuddin
Tuanku Al Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah
Ibni Almarhum Tuanku Badlishah
Dan
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong
Tuanku Hajjah Haminah Binti Hamidun