Monday, October 29, 2012

Program Ibadah Korban JKP Zon Air Biru 2

Pada Jumaat 26 Oktober 2012, bertepatan dengan perayaan Hari Raya Korban, JKP Zon Air Biru 2 berkerjasama dengan KRT RPP1 dan Persatuan Penduduk Blok LPJ telah mengadakan program diatas yang diadakan di Pusat Kegiatan Penduduk Flat LPJ. Sebanyak 3 ekor lembu telah berjaya dikorbankan sumbangan dari Parlimen Pasir Gudang dan masyarakat setempat.
Hadir bersama ialah Tuan Haji Sabran - Tim. Pengerusi JKP Zon Air Biru 2, En. Khairul Fahmi - Setiausaha JKP Zon Air Biru 2 dan Tuan Haji Menjali - Pengerusi Penduduk Blok LPJ. Program ini dijalan selepas solat Jumaat dan berakhir jam 5.00 petang.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Wednesday, October 17, 2012

Mini Karnival & Hi Tea Bersama YB Dato' Seri Ahli Parlimen Pasir Gudang

Pada Sabtu 13 Oktober 2012, JKP MPPG Zon Air Biru 2 dijemput hadir ke program diatas anjuran Koperasi Seri Cempaka yang diadakan di Aras 3 Menara Aqabah, Pasir Gudang. Hadir dalam majlis ini ialah YB Dato' Seri Hj Mohamed Khaled Nordin - Menteri Pengajian Tinggi Malaysia merangkap Ahli Parlimen Pasir Gudang. Turut hadir ialah En. Tan Cher Puk - ADUN Johor Jaya dan Tuan Haji Onn bin Jabbar@ Jaafar - Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Dalam majlis ini turut diadakan majlis pelanccaran logo Koperasi Seri Cempaka oleh YB Dato' Seri. Beberapa acara menarik diadakan seperti cabutan nombor bertuah, kerusi beracun, tiru macam saya dan sebagainya. Majlis jamuan juga diselitkan dengan persembahan keroncong dari Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan tarian kebudayaan dari Warisan Johor. Program bermula jam 2.30 petang dan berakhir jam 6.00 petang.

Photobucket
Ketibaan YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin
Menteri Pengajian Tinggi merangkap Ahli Parlimen PG

Photobucket
Antara Jawatankuasa MPPG Zon Air Biru 2 yang hadir
dalam majlis ini

Photobucket
Tuan Haji Sabran Awang Tim. Pengerusi JKP Zon Air Biru 2
bersama Setiausaha JKP Zon Air Biru 2

Photobucket
Ucapan dari YB Dato' Seri Ahli Parlimen PG

Photobucket
Pelancaran logo Koperasi Seri Cempaka

Photobucket
En. R. Sabapathy, Ahli Majlis MPPG Zon Air Biru 2
bersama YB Tan Cher Puk ADUN Johor Jaya

Photobucket
Persembahan keroncong dari MPPG

Photobucket
Acara pertandingan kerusi beracun kategori lelaki

Photobucket
Acara pertandingan kerusi beracun kategori wanita

Tuesday, October 2, 2012

Jawatankuasa Penduduk MPPG Zon Air Biru 2 bagi Tahun 2012 - 2014

Dilantik pada 28 September 2012 di Pusat Komuniti Zon Air Biru 2

Pengerusi  : En. Sabapathy a/l Ramasamy ( Dilantik oleh YDP MPPG )
Tim. Pengerusi : Tuan Haji Sabran bin Awang
Setiausaha : En. Khairul Fahmi bin Jaafar
Pen. Setiausaha : En. Ahmad bin Hamid
Bendahari : En. Abd Satar bin Ahmad

Biro Keselamatan : En. Hamdan bin Sulaiman
Biro Belia & Gaya Hidup Sihat : En. Norhazli bin Mohamad
Biro Pembangunan Sosial : Pn. Faridah binti Mohamad
Biro Keceriaan & Keindahan : Pn. Che Nooriah binti Ismail
Biro Pendidikan : Tuan Haji Menjali bin Sukiman

Ahli Jawatankuasa Zon :-
Tuan Haji Abu Bakar bin Taib
En. Musa bin Abd Rahman
Tuan Haji Mislan bin Sahri
En. Malik bin Hassan
En. Ariff bin Buyaddi
En. Aziz bin Zainal
En. Kanasan a/l Nadason
Cik. Fauziah binti Mohamad
Pn. Fatimah binti Amran
En. Letcumanan a/l Govindasamy
Pn. Tunjiah binti Saparie
Pn. Asimah binti Jusoh
Tuan Haji Suhada bin Biran
En. Subramaniam a/l Ramasamy
En. Ali bin Jaudin

Pegawai Khas : Pn. Roslina binti Othamn ( Dilantik oleh YDP MPPG )