Sunday, September 16, 2012

Sunday, September 9, 2012

Majlis Ramah Mesra Bersama YB dato' Seri Ahli Parlimen Pasir Gudang Sempena Aidilfitri Dan Meraikan Bakal Haji

Pada hari Jumaat 7 September 2012, UMNO Cawangan RPP1 bersama dengan JKP Zon Air Biru 2  dan Persatuan Penduduk Blok LPJ telah mengadakan program diatas yang diadakan di perkarangan Blok 10,11 LPJ Flat. Hadir beramah mesra ialah YB Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia merangkap Ahli Parlimen dan Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang.  Turut hadir ialah YB Datuk M. Munusamy, ADUN Permas, En. R. Sabapathy Ahli Majlis MPPG Zon Air Biru 2 merangkap Pengerusi MIC Bahagian Pasir Gudang

Selain beramah mesra sempena Aidilfitri bersama penduduk RPP1/LPJ, diadakan majlis marhaban dan potong jambul  serta penyampaian cenderahati kepada bakal - bakal haji sekitar RPP1/ LPJ yang akan berangkat ke tanah suci pada tahun ini serta penyampaian kepada pelajar yang cemerlang dalam akademiknya. Majlis diakhiri dengan jamuan ramah mesra serta persembahan pancuran bunga api .

Photobucket
Ketibaan YB Dato Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Menteri Pengajian Tinggi Malaysia merangkap Ahli Parlimen
Pasir Gudang

Photobucket
Ucapan alu aluan dari Tn. Hj. Sabran bin Awang
Pengerusi JKP merangkap Ketua UMNO Cawangan RPP1

Photobucket
Ucapan dari YB Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Photobucket
Antara jemputan VIP yang hadir

Photobucket
Para pemimpin bacaan marhaban

Photobucket
YB Dato' Seri sedang memotong jambul bayi

Photobucket
Marhaban bersama - sama

Photobucket
Penyampaian cenderahati kepada baka - bakal haji

Photobucket
Penyampaian cenderahati kepada pelajar cemerlang

Photobucket
Para penduduk sedang mengambil juadah jamuan

Photobucket
Para VVIP juga menikmati jamuanya

Photobucket
Persembahan bunga api dari Persatuan Penduduk LPJ Flat

Sunday, September 2, 2012

Sambutan Semarak Merdekaraya Peringkat Taman Air Biru

Pada Khamis 30 Ogos 2012, Persatuan Penduduk Rumah Murah Perjiranan 9 bersama dengan JKP MPPG Zon Air Biru 3 dan Zon Air Biru 2 telah mengadakan program diatas yang diadakan di Dewanraya Perjiranan 9, Taman Air Biru yang dirasmikan oleh En. Leong Kwai Seng, Ahli Majlis MPPG Zon Air Biru 3 bagi mewakil YDP MPPG. Turut hadir ialah En. R. Sabapathy Ahli Majlis MPPG Zon Air Biru 2 yang juga Pengerusi MIC Bhg pasir Gudang, Tn. Hj. Rahim bin A. Latiff Ahli Majlis MPJBTdan Pn. Hjh Normala binti Abd Samad Ahli Majlis MPPG Zon Desa Rakyat. 

Selain sambutan Aildifitri, diadakan persembahan seni pertahankan diri Silambam dan konvoi kereta berhias dari JKP MPPG Zon Air Biru 2, tayangan gambar 'Merdeka 57" serta nukilan puisi kemerdekaan yang disampaikan sendiri oleh Tn. Hj. Jamari Rohadi, Pengerusi Persatuan Penduduk Perjiranan 9. hadir juga YB Datuk M. Munusamy, ADUN Permas bagi bersama-sama menyambut ambang kemerdekaan dengan pancaran bunga api. Program ini bermula jam 9 malam dan berakhir jam 12.30 tghmlm.

Photobucket
Kehadiran penduduk

Photobucket
Ucapan perasmian oleh En. Leong Kwai Seng Ahli Majlis
MPPG Zon Air Biru 3

Photobucket
Antara dif-dif VVIP yang hadir

Photobucket
En. R. Sabapathy Ahli Majlis MPPG Zon Air Biru 2 yang
juga Pengerusi MIC Bahagian Pasir Gudang

Photobucket
Persembahan seni silat Silambam dari MIC Bhg
Pasir Gudang

Photobucket
Penyampaian hadiah kepada murid tadika KEMAS yang
memenangi pertandingan mewarna

Photobucket
Ucapan khas dari YB M. Munusamy ADUN Permas

Photobucket
Kereta berhias

Photobucket
Para VIP sedang menunggu countdown ke pukul 12 thgmlm
tanda Hari Kemerdekaan ke 55

Photobucket
Persembahan bunga api