Tuesday, February 23, 2010

Kegiatan COMBI & Gotong Royong Zon Tmn Air Biru 2 kali ke 2

Pada Ahad 21 Febuari 2010, JKP Zon Taman Air Biru 2 dengan kerjasama COMBI Zon Tmn Air Biru 2 telah mengadakan program diatas bagi membersihkan kawasan sekitar Masjid Taman Air Biru dan Tadika KEMAS Rumah Pangsa Peringkat 1. Seramai 30 orang dari COMBI Zon Tmn Air Biru 2, Pengakap Komuniti, KRT Rumah Pangsa Peringkat 1 dan Persatuan Penduduk Perjiranan 10 hadir bersama - sama bergotong royong membersihkan persekitaran Masjid dan Tadika KEMAS. Turut hadir wakil dari Jabatan Kesihatan MPPG, En. Ariffin bagi bersama - sama menjayakan program ini. Selain gotong - royong, para peserta juga menghapuskan serta memastikan tiada lagi tempat - tempat pembiakan nyamuk aides dikawasan berkenaan. Gotong Royong ini bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 11.00 pagi.

Sedang membersihkan sampah dan takungan air

Gotong Royong di pekarangan Masjid

Gotong Royong di pekarangan Tadika KEMAS

Pengakap Komuniti juga tidak ketinggalan membersihkan
persekitaran masjid dan tadika

Antara peserta gotong royong sedang berehat sebentar

Saturday, February 6, 2010

Kata Hikmat

“Barangsiapa yang telah menanam jasa, satu saat kelak dia akan beroleh hasil dari jasanya itu. Kemuliaan akan menjadi pengiringnya ke mana pun dia pergi. Kalau orang yang sama hidup dengan dia melupakan, namun setelah matinya orang yang kemudian akan membongkar kemuliaan itu kembali dan menyatakannya ke muka khalayak. Orang yang berjasa tidak boleh gamang dan kecewa jika di masa hidupnya dilupakan orang. Orang tidak boleh menyesal jika tinggal di sebuah gubuk yang buruk. Tidak boleh kecewa jika makan minumnya dan pakaiannya tidak semewah orang lain. Sebab kelak buah tangannya akan menjadi modal kemajuan angkatan yang akan datang.”

~Hamka