Tuesday, August 18, 2009

Kempen Rakan Alam Sekitar Parlimen Pasir Gudang

Pada Ahad 16 Ogos 2009, Seramai 5 orang SRS dari RPP1 telah dijemput membantu kawalan keselamatan program diatas anjuran Jabatan Alam Sekitar Johor dengan kerjasama Jawatankuasa Penduduk Zon Tmn Air Biru 2, Jawatankuasa Gabungan UMNO Kawasan Taman Air Biru dan KEMAS Johor Bahru telah mengadakan program kempen diatas yang diadakan di Padang Awam MSE Flat. Kempen ini dirasmikan oleh oleh Y.Bhg Tn. Hj. Lukman bin Abu Bakar, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Turut hadir ialah wakil dari Jabatan Alam Sekitar Johor. En. Sabapathy a/l Ramasamy, Ahli Majlis MPPG Zon Tmn Air Biru 2, Wakil dari KEMAS dan En. Rahim bin Latiff, Bendahari UMNO Pasir Gudang. Majlis ini juga mengadakan penyampaian anak pokok untuk menghijaukan taman kepada ketua - ketua cawangan dalam Tmn Air Biru serta penyampaian beg sumbangan dari KEMAS untuk murid2 Tadika oleh YDP Pasir Gudang. Majlis perasmian disudahi dengan kempen penanaman pokok beramai - ramai oleh semua ketua masyarakat, politik dan jabatan. Selain kempen dijalankan banyak aktiviti antaranya ialah Sukaneka Hari Keluarga anjuran UMNO cawangan MSE Flat, pertandingan melukis, mewarna, gubahan dan masakan. Pameran dari jabatan kerajaan, demonstrasi dan kempen pengumpulan barang elektrik terpakai e-waste.

Antara VIP yang hadir termasuk YDP Pasir Gudang

Majlis penyerahan anak pokok kepada En. Sabran
Pengerusi KRT RPP1

Majlis pelancaran Kempen Rakan Alam Sekitar & e-waste

Pertandingan melukis dan mewarna

Sukaneka untuk penduduk seluruh Taman Air Biru

Monday, August 17, 2009

Majlis Sumbagan Dari Yayasan Basmi Kemiskinan

Pada Sabtu 15 Ogos 2009, Biro Kebajikan Pemuda UMNO Pasir Gudang dengan kerjasama Pemuda UMNO Cawangan RPP1 telah mengadakan majlis penyampaian diatas yang diadakan di pekarangan Pusat Komuniti RPP1. Sumbangan ini diterajui oleh Yayasan Basmi Kemiskinan (YBM). Majlis penyampaian sumbangan berupa wang tunai RM400.00 untuk fakir miskin seluruh cawangan dalam kawasan Taman Air Biru oleh Sdra Rohazam Shah bin Ahmad, Ketua Pemuda UMNO Pasir Gudang. Turut hadir ialah Y.Bhg Datin Haryati binti Osman, wakil dari YBM dan En. Sabapathy a/l Ramasamy, Ahli Majlis Zon Tmn Air Biru 2 merangkap Ketua MIC Bahagian Pasir Gudang. Dengan sumbangan ini dapat meringan sedikit beban mereka yang kurang mampu terutama untuk persediaan menyambut bulan Ramadhan ini. Seramai 9 orang penduduk di kawasan RPP1 telah layak menerima sumbangan ini.

Y.Bhg Datin Haryati sedang memberikan ucapanya

Antara peserta yang menerima sumbangan dari YBM

Sdra Rohazam sedang menyampaikan bantuan YBM

Sumbangan cenderahati dari YBM disaksikan oleh Ahli Majlis MPPG