Wednesday, August 15, 2012

Berbuka Puasa Bersama Biro Belia Dan Sukan Zon Air Biru 2

Pada Isnin 13 Ogos 2012, Biro Belia & Sukan JKP Zon Air Biru 2 telah mengadakan program diatas yang diadakan di Restoran Pandan Steamboat, Johor Bahru. Seramai 7 orang  hadir dalam program berbuka puasa ini. Turut hadir ialah En. Khairul Fahmi, Setiausaha JKP MPPG Zon Air Biru 2 memeriahkan perjumpan ini.

Photobucket
Antara makanan pilihan untuk direbus

Photobucket
Dah berbuka ni, apa lagi pulun lah

Photobucket
Hohohoho crab

Photobucket
Tambah lagi, rugi kalau tak makan banyak

Photobucket
En. Khairul Fahmi bersama belia JKP Zon 
hadir bersama

Thursday, August 9, 2012

Program Jom Moreh Bersama SRS & Penduduk RPP1

Pada hari Isnin 6 Ogos 2012, KRT RPP1 bersama dengan JKP Zon Air Biru 2 telah menganjurkan program diatas yang diadakan di Balai Komuniti Zon Air Biru 2, Pasir Gudang. Serampai hampir 100 orang penduduk sekitar kawasan RPP1 hadir dalam program ini. Hadir di program ini ialah En. Kamal Nizam, Pegawai Penyelaras KRT Zon Parlimen Pasir Gudang mewakili Tuan Pegawai Perpaduan Daerah Johor Bahru. Turut hadir ialah Tuan Haji Rahim bin Latiff, Pengerusi PDM Taman Air Biru dan En. Roslan bin Hj Hassan, Penggerak Perpaduan Parlimen Pasir Gudang.

Sebelum jamuan moreh, diadakan penyampaian sumbangan wang tunai dan barangan keperluan dapur dari Biro Kebajikan Parlimen Pasir Gudang kepada ibu-ibu tunggal, anak yatim, OKU dan sebagainya yang disampaikan oleh En. Kamal Nizam selaku wakil rasmi Pegawai Perpaduan Daerah Johor Bahru. Program ini bermula jam 10.00 malam dan berakhir jam 12.00 tghmlm.

Photobucket
Antara kehadiran penduduk RPP1

Photobucket
Para Jiran Wanita KRT RPP1 sedang bergotong royong
menyediakan juadah moreh

Photobucket
Barangan keperluan sumbangan dari Biro Kebajikan
Parlimen Pasir Gudang

Photobucket
Dif - dif VIP yang hadir

Photobucket
En. Kamal Nizam mewakili Pegawai Perpaduan Daerah
menyampaikan sumbangan

Photobucket
Tuan Haji Rahim Latiff selaku Pengerusi PDM Taman Air Biru
turut menyampaikan sumbangan

Photobucket
Suasana kemeriahan jamuan moreh