Friday, December 30, 2011

Wednesday, December 28, 2011

Cuti Umum Bagi Negeri Johor 2012

Photobucket

Nota:- Mulai 2011 Hari Hol Almarhum Sultan Johor akan disambut mengikut Kalender Hijrah iaitu pada 6 Safar setiap tahun. Oleh yang demikian pada tahun ini disambut 2 kali iaitu yang akan datang pada 31 Disember 2011.

Wednesday, December 21, 2011

Taklimat Keselamatan & Sessi Dialog Bersama Titan Chemicals

Pada Sabtu 17 Disember 2011, Zon Air Biru 2 menjadi tuan rumah bagi program diatas yang diadakan di Dewan Masyarakat Zon Air Biru 2. Seramai 40 orang hadir terdiri dari pemimpin - pemimpin masyarakat sekitar kawasan Pasir Gudang. Turut hadir ialah En. R. Sabapathy, Ahli Majlis MPPG Zon Air Biru 2 dan Tn. Hj. Abdullah Abd Rahman, Ahli Majlis MPPG Zon Cendana.

Taklimat di sampaikan oleh En. Foong, Pengurus Keselamatan Titan Chemicals yang beroperasi di Pasir Gudang dan Tanjung Langsat serta hadir juga wakil pegawai dari Kesihatan daerah pasir Gudang dan Jabatan Alam Sekitar Johor Bahru. taklimat di diberi bertujuan untuk memberi pendedahan dan info berkenaan perjalanan operasi bagi kilang Titan serta tindakan keselamatan yang diambil bagi menjamin keselamatan penduduk sekitar Pasir Gudang.

Photobucket
Antara pemimpin masyarakat yang hadir

Photobucket
Wakil dari Jabatan Alam Sekitar sedang memberi
taklimatnya

Photobucket
En. Foong sedang memberikan taklimatnya

Photobucket
Suasana jamuan selepas taklimat

Friday, December 2, 2011

Saturday, November 26, 2011

Tuesday, October 25, 2011

Tuesday, October 18, 2011

Program Basmi Aides Bersama Pejabat Kesihatan Daerah JB

Pada hari Ahad 16 Oktober 2011, JKP Zon Air Biru 2 bersama dengan Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru, KRT RPP1 dan DeVIT Zon Air Biru 2 telah mengadakan program diatas. Program ini dijalankan dimana Pejabat Kesihatan akan bergerak dari blok ke blok bersama - sama penduduk membersihkan serta membasmi tempat - tempat pembiakan nyamuk Aides.

Taklimat diadakan di Dewan Masyarakat Zon Air Biru 2 oleh pegawai dari Pejabat Kesihatan Daerah sebelum bergerak dari blok 1 hingga blok 24 sambil membasmi tempat pembiakan Aides. Selain itu juga penduduk diedarkan dengan ubat pembasmi jentik - jentik serta sedikit nasihat dari pegawai pejabat kesihatan. Hadir juga sebagai pelawat ialah En. R. Sabapathy - Ahli Majlis MPPG Zon Air Biru 2, Inspektor Kesihatan kanan Daerah JB dan Pegawai Pusat Kesihatan Pasir Gudang. Program bermula jam 8.30 hingga 11.00 pagi.

Photobucket
Taklimat ringkas dari pegawai Pejabat
Kesihatan Daerah JB

Photobucket
Ketika bergerak dari blok ke blok

Photobucket
Aktiviti kutip sampah

Photobucket
Membasmi jentik - jentik mengunakan ubat
pembasmi di tempat air yang bertakung

Photobucket
Antara penduduk yang sedang membersihkan
kawasan blok masing - masing

Photobucket
Pemeriksaan di rumah - rumah yang kosong

Photobucket
Tn. Hj. Sabran sedang berbincang dengan
Inspektor Kesihatan Kanan Daerah Johor Bahru

Wednesday, October 12, 2011

Kem Sukan MILO " Play More Learn More "

Pada hari Ahad 9 Oktober 2011, Dina Riza Sport Managment bersama dengan KRT RPP1 & JKP Zon Air Biru 2 telah menganjurkan program diatas yang diadakan di Padang Mawar MPPG. Kem ini dirasmikan oleh En. Rohazam Shah bin Ahmad - Setiausaha Sulit YB Ahli Parlimen Pasir Gudang yang mewakili YB Dato' Seri Hj Mohamed Khaled Nordin - Ahli Parlimen Pasir Gudang. Turut hadir ialah Y.Bhg Dato' Dina Riza - Pengarah Urusan Dina Riza Sport, En. Ng Ping Loong - Pengurus Pemasaran sukan Nestle Product Sdn Bhd dan En. R. Sabapathy - Ahli Majlis MPPG Zon Air Biru 2. Seramai hampir 500 orang peserta yang terdiri dari pelajar berumur 12 tahun kebawah hadir menyertai kem ini.

Antara program yang dijalankan ialah klinik bola dimana para peserta diajar teknik - teknik mengawal bola dan sebagainya oleh jurulatih yang bertauliah. Dalam kem ini juga diadakan perlawanan bola sepak dan bola jaring bawah 12 tahun serta pertandingan bola keranjang 3 lawan 3 bawah 12 tahun yang disertai oleh pelajar dari sekolah rendah, KRT - KRT dan pasukan persendirian. Zon Air Biru 2 telah menghantar 3 pasukan iaitu 2 pasukan bola sepak dan 1 pasukan bola jaring dimana salah satu pasukan bola sepak Zon Air Biru 2 telah mendapat tempat ke empat dalam pertandingan bola sepak. Acara penutup dan penyampaian pingat disampaikan oleh Tn. Hj. Sabran bin Awang - Pengerusi JKP Zon merangkap Pengerusi KRT RPP1.

Photobucket
Semasa pendaftaran

Photobucket
Antara peserta yang berhimpun di majlis perasmian

Photobucket
Ucapan perasmian oleh En. Rohazam Shah
bagi mewakili YB Ahli Parlimen Pasir Gudang

Photobucket
Jurulatih sedang memberi tunjuk ajar dalam
klinik bola

Photobucket
Pertandingan bola jaring

Photobucket
Pertandingan bola sepak

Photobucket
Sebahagian peserta yang memenangi pertandingan ini

Photobucket
Antara pegawai sukan dari Biro Sukan JKP Zon yang
membantu
menjayakan kem sukan ini

Saturday, October 1, 2011

Ucapan Takziah

Ucapan takziah kepada En. Norhazli - Pengerusi Biro Belia & Sukan Zon Air Biru 2 serta Keluarga dimana ibu beliau telah kembali ke Rahmatullah pada pagi Jumaat 30 September 2011 Masihi persamaan 2 Zulkaedah 1432 Hijrah. Sama - samalah kita sedekahkan Al Fatihah semoga roh ibu beliau ditempatkan di kalangan orang - orang yang beriman. Amin.

Sunday, September 25, 2011

KEM SUKAN MILO " Play More Learn More "

Photobucket


Dina Sports bersama dengan JKP Zon Air Biru 2, KRT RPP1 dan Echo Rovers Crew akan mengadakan program diatas sepertimana ketetapan dibawah:

Tarikh: 9 Oktober 2011 (Ahad)
Tempat : Padang MPPG Mawar, Pasir Gudang
Masa : 8.00 pagi hingga 3.00 petang
Maklumat Lanjut Pertandingan :Klik Disini

Saturday, September 17, 2011

Tuesday, September 13, 2011

Majlis Sambutan Merdekaya & Meraikan Bakal Haji Zon Air Biru 2

Pada Sabtu 10 September 2011, Jawatankuasa Penduduk Zon Air Biru 2 dengan kerjasama KRT RPP1 telah mengadakan program diatas yang diadakan di pekarangan Taman Komuniti RPP1. Program ini diadakan bersempena menyambut Hari Raya Aidilfitri serta Sambutan Kemerdekaan. Turut juga diadakan majlis meraikan bakal-bakal haji dan hajjah dalam kawasan Zon Air Biru 2 yang akan berangkat ke Tanah Suci tahun ini.

Majlis ini dirasmikan oleh YB. Datuk M. Munusamy ADUN Permas bagi mewakili YB Dato' Seri Hj Mohamed Khaled Nordin - Ahli Parlimen pasir Gudang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Turut hadir ialah Tn. Hj. Rahim bin Latiff - Pengerusi PDM SKPG2 merangkap Bendahari UMNO Bahagian Pasir Gudang dan En. R. Sabapathy Ahli Majlis MPPG Zon Air Biru 2 merangkap Ketua MIC Bahagian Pasir Gudang. Majlis ini juga atas kerjasama persatuan - persatuan penduduk dan NGO dalam kawasan Zon Air Biru 2.

Photobucket
Ucapan perasmian oleh YB Datuk M. Munusamy
ADUN Permas bagi mewakili YB Dato Seri Ahli Parlimen
Pasir Gudang

Photobucket
Antara bakal - bakal haji & hajjah serta jemputan
yang hadir dalam majlis ini

Photobucket
Penyampaian cenderahati kepada bakal - bakal
haji oleh YB Datuk M. Munusamy

Photobucket
Penyampaian kepada bakal - bakal hajjah

Photobucket
Para tetamu penduduk sedang menjamu selera
sambil beramah mesra

Photobucket
Jiran Wanita KRT RPP1 yang menjadi
tulang belakang menjayakan majlis ini.

Wednesday, August 24, 2011

Program Jom Moreh Serta Sumbangan Kebajikan Sempena Hari Raya Aidilfitri

Pada hari Ahad 21 Ogos 2011, JKP Zon Air Biru 2 tbersama dengan KRT RPP1 telah mengadakan program Jom Moreh & Penyampaian Sumbangan Kebajikan sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri. Program ini diadakan di Dewan Masyarakat Zon Air Biru 2. Program ini dihadiri oleh Tn. Hj Abd. Rahim bin Latiff, Bendahari UMNO Bahagian Pasir Gudang bagi mewakili YB Dato' Seri Hj Mohamed Khaled Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang.

Turut hadir ialah En. R. Sabapathy Ahli Majlis MPPG Zon Air Biru 2 dan pemimpin - pemimpin masyarakat sekitar kawasan Zon Air Biru 2. Dalam program yang ringkas ini diadakan penyampaian bantuan sumbangan berupa beras dan keperluan dapur kepada ibu tunggal, OKU, anak yatim dan pesakit kronik. Selepas itu diadakan jamuan moreh dimana berbagai juadah disediakan.

Photobucket
Kehadiran penerima sumbangan

Photobucket
Ucapan oleh Tn. Hj. Rahim Latif bagi mewakili
YB Dato Seri Ahli Parlimen Pasir Gudang

Photobucket
Penyampaian sumbangan oleh Tn. Hj. Rahim

Photobucket
Penyampaian sumbangan oleh Tn. Hj. Sabran

Photobucket
Orang dapur dan sedang sibuk menyediakan
juadah untuk moreh

Photobucket
Jamuan Moreh

Tuesday, August 9, 2011

Gotong Royong Penyediaan Bubur lambuk Sempena Ramadhan Al Mubarak

Pada Ahad 7 Ogos 2011 bersempena dengan bulan Ramadhan ini JKP Zon Air Biru 2 bersama dengan KRT RPP1 mengadakan program diatas yang diadakan hadapan blok 13 SEDC Flat . Seramai 10 orang terlibat bergotong royong menyediakan bubur lambuk untuk diedarkan kepada penduduk di kawasan Zon Air Biru 2

turut hadir mewakili Ahli Majlis MPPG Zon Air Biru 2 ialah Tn. Hj. Sabran bin Awang - Tim. Pengerusi JKP Zon Air Biru 2 merangkap Pengerusi KRT RPP1. Edaran bubur lambuk dibuat di Dewan Masyarakat Zon Air Biru 2.

Photobucket
Bubur lambuk yang hampir siap

Photobucket
Bergotong royong mengacau bubur lambuk

Photobucket
Sebahagian bubur lambuk yang sudah dibungkus
tinggal kerana sangat laris

Photobucket
Ada gak yang bawa mangkuk

Photobucket
Ketika sedang mengedar bubur lambuk