Tuesday, August 9, 2011

Gotong Royong Penyediaan Bubur lambuk Sempena Ramadhan Al Mubarak

Pada Ahad 7 Ogos 2011 bersempena dengan bulan Ramadhan ini JKP Zon Air Biru 2 bersama dengan KRT RPP1 mengadakan program diatas yang diadakan hadapan blok 13 SEDC Flat . Seramai 10 orang terlibat bergotong royong menyediakan bubur lambuk untuk diedarkan kepada penduduk di kawasan Zon Air Biru 2

turut hadir mewakili Ahli Majlis MPPG Zon Air Biru 2 ialah Tn. Hj. Sabran bin Awang - Tim. Pengerusi JKP Zon Air Biru 2 merangkap Pengerusi KRT RPP1. Edaran bubur lambuk dibuat di Dewan Masyarakat Zon Air Biru 2.

Photobucket
Bubur lambuk yang hampir siap

Photobucket
Bergotong royong mengacau bubur lambuk

Photobucket
Sebahagian bubur lambuk yang sudah dibungkus
tinggal kerana sangat laris

Photobucket
Ada gak yang bawa mangkuk

Photobucket
Ketika sedang mengedar bubur lambuk

No comments:

Post a Comment