Wednesday, July 18, 2012

Gotong Royong Basmi Aides & Tikus Zon Air Biru 2

Pada Ahad 15 April 2012, JKP Zon Air Biru 2 bersama DeVIT RPP1 telah mengadakan program diatas yang diadakan di 3 kawasan iaitu Rumah Pangsa Peringkat 1, Perumahan 69 dan Kebayan Sena. Program ini diadakan bagi membasmi tempat - tempat pembiakan nyamuk Aides serta operasi membasmi tikus yang kini semakin meruncingkan. Selain itu juga bagi menceriakan kawasan persekitaran bagi menyambut bulan Ramadhan yang akan datang.

Turut hadir ialah En. R. Sabapathy, Ahli Majlis Perbandaran Pasir Gudang bagi Zon Air Biru 2. Turut membantu ialah tenaga kerja kontraktor dari Pengurusan Sisa Pepejak (SWM) bersama - sama menjayakan gotong royong ini. Program ini bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari.


Photobucket
Operasi basmi tikus
Photobucket
En. R. Sabapathy sedang melihat operasi basmi tikus
dengan meletakan racun pada habitatnya
Photobucket
Gotong Royong di kawasan RPP1
Photobucket
Membasmi tempat tembiakan Aides
Photobucket
Suasana gotong royong di Perumahan 69
Photobucket
Pekerja dari SWM turut membantu bergotong royong

No comments:

Post a Comment