Saturday, July 3, 2010

Perisytiharan Pasir Gudang Sebagai Majlis Perbandaran

1 Julai 2010 merupakan tarikh keramat bagi penduduk Pasir Gudang dimana pada tarikh tersebut Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dirasmikan. Dalam masa yang sama diadakan perasmian logo dan bendera MPPG serta perasmian Merana Aqabah yang terletak di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang menjadi pusat pentadbiran MPPG. Majlis diadakan dengan penuh gilang gemilang dengan pembacaan watikah perisytiharan oleh Menteri Besar Johor, persembahan kebudayaan serta artis jemputan dan sebagainya. Diakhir perasmian dipancarkan bunga api yang berwarna warni selama 15 minit.

Ketibaan YB. Dato' Abd Ghani bin Othman
Menteri Besar Johor dan dif - dif VVIP

Persembahan Kebudayaan dari Warisan Johor

Persembahan kebudayaan dari semua kaum 1MALAYSIA

Persembahan artis jemputan Ali Mamak dan Jalil Hamid

Peserta Larian Semarak Perisytiharan membawa Baton
Watikah Perisytiharan kepada Menteri Besar Johor

Menteri Besar Johor membaca watikah perisytiharan Pasir Gudang
menjadi Majlis Perbandaran Pasir Gudang

Perasmian Menara Aqabah

Aksi stunt dari Jabatan Bomba & Penyelamat turun dari
puncak Menara Aqabah sambil membawa bendera MPPG

Pancaran bunga api dari puncak menara Aqabah

Banner perasmian Menara Aqabah

Bunga api yang berwarna warni

Pancaran bunga api selama 15 minit memukau penduduk
Pasir Gudang

No comments:

Post a Comment