Tuesday, July 27, 2010

Kegiatan COMBI dan Gotong Royong Zon Air Biru 2 kali ke 6

Pada Ahad 25 Julai 2010, JKP Zon Air Biru 2 dengan bekerjasama Pejabat Kesihatan Daerah JB, DeVIT Zon dan KRT RPP1 telah mengadakan program diatas yang diadakan di 12 blok SEDC Flat yang melibatkan blok Lam Soon dan KTMB. Seramail hampir 100 orang penduduk RPP1 mengadakan gotong royong membersihkan blok masing - masing bagi tujuan untuk membasmi tempat pembiakan nyamuk Aides.

Turut hadir ialah En. Idris dari Pejabat Kesihatan Daerah JB dan para pegawainya serta wakil dari Bahagian Kesihatan MPPG. Juga kehadiran En. Za' nal bin Hj. Misran - Setiausaha MPPG yang datang melawat pada tengahari tersebut ke blok - blok semasa gotong royong sedang berjalan. Program gotong royong ini8 bermula pada jam 8.30 pagi dang berakhir jam 12.30 tghri.

Para Penduduk sedang membersihkan
halaman belakang blok

Di hadapan flat KTMB

En. Idris dari Pejabat Kesihatan Daerah JB bersama
En. Ariffin dari MPPG memeriksa blok 21 yang
ditinggalkan kosong

Penghuni juga sempat menceriakan blok dengan
menanam pokok

En. Za' nal Setiausaha MPPG sedang berbincang
dengan En. Idris

No comments:

Post a Comment