Sunday, January 1, 2006

Pengenalan

JKP Zon Taman Air Biru 2 ditubuhkan dibawah Majlis Perbandaran Pasir Gudang pada 24 Oktober 2009 yang merangkumi kawasan Rumah Pangsa Peringkat 1, Perumahan Bakti, Perumahan 69, Perumahan Perjiranan 10, MMHE Flat, Masjid Taman Air Biru, Sek. Keb. serta Sek. Agama Pasir Gudang 1, Perumahan Kastam dan Imigresen.Kawasan perkilangan pula merangkumi sekitar Jalan Gangsa, Jalan Tembaga, Jalan Suasa, Jalan Besi dan Jalan Perak. 

Jawatankuasa Penduduk di kawasan ini telah ditubuhkan sekitar tahun 2006 dibawah pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang. Pada masa tersebut dikenali dengan nama JKP Zon Taman Air Biru 1 yang merangkumi kawasan asal iaitu Rumah Pangsa Peringkat 1, Perumahan 69, Perumahan Perjiranan 8, Rumah Pangsa Peringkat 2, TNB Quartes dan Taman Miel (Tmn. Bukit Jati) dibawah jagaan Tn. Hj. Sehabudin bin Mohd Ali, Penasihat Zon merangkap Setiausaha UMNO Bahagian Pasir Gudang.

Apabila Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang dinaik taraf sebagai Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Zon Taman Air Biru 1 berubah menjadi Zon Taman Air Biru 2 serta kawasan zon turut berubah hingga sekarang.Kini Zon Taman Air Biru 2 dibawah jagaan Ahli Majlis En. Sabapathy a/l Ramasamy telah banyak mengorak langkah bagi mengaktifkan lagi zon ini. Zon Taman Air Biru 2 telah dinobatkan sebagai Zon paling aktif bagi tahun 2009, Ini merupakan kali ke dua setelah pertama kalinya pada tahun 2006.

No comments:

Post a Comment