Tuesday, August 31, 2010

Program Terjah Sahur Belia 4B Parlimen Pasir Gudang

Photobucket

Pada awal pagi Ahad 29 Ogos 2010, Kawasan Rumah Pangsa Peringkat 1 menerima kunjungan dan bersama - sama menjayakan program diatas anjuran Persatuan Belia 4B Kawasan Parlimen Pasir Gudang. Seramai hampir 25 orang ahli persatuan diketuai oleh En. Amran bin Arsat - Pengerusi Belia 4B Pasir Gudang hadir ke RPP1. Turut hadir dalam program ini ialah Tn. Hj. A. Rahim bin Latiff - Pengerusi Kawasan Peti Undi SKPG3 merangkap Bendahari UMNO Bahagian Pasir Gudang dan En. Roslan - Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang.

Program ini bermula dengan ucapan dari VIP seterusnya bergerak ke rumah yang dipilih untuk bersahur bersama - sama mereka. Selain itu juga Belia 4B menyampaikan sumbangan bahan keperluan dapur kepada keluarga yang telah dilawati. Diakhir program diadakan jamuan bersahur bersama - sama di Pusat Komuniti RPP1 antara Belia 4B dengan penduduk RPP1. Program berakhir jam 4.00 pagi.

Photobucket
Antara Ahli Belia 4B yang hadir

Photobucket
Tn. Hj. Rahim bersama En. Amran bin Arsat

Photobucket
Ahli Belia 4B sedang bergerak ke rumah - rumah

Photobucket
Bersahur bersama keluarga yang diziarahi

Photobucket
Salah satu rumah yang diziarahi

Monday, August 30, 2010

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 53 Dari JKP Zon Air Biru 2

Photobucket

PERHIMPUNAN HARI KEMERDEKAAN KE 53
PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU

Tarikh
31 Ogos 2010 (Selasa)
Tempat
Stadium Perbandaran Pasir Gudang
Masa
7.00 pagi

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan sambutan ini

Saturday, August 28, 2010

Persediaan Untuk Pertandingan Landskap Jalur Gemilang Di Taman Komuniti

Pada malam Rabu 26 Ogos 2010, Beberapa Ahli JKP Zon Air Biru 2 dan penduduk Rumah Pangsa Peringkat 1 bersama - sama menghias jalur gemilang di Taman Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1 bagi persediaan mengikuti Pertandingan Landskap Menghias Jalur Gemilang Peringkat MPPG anjuran Jabatan Landskap MPPG.

Photobucket
En. Sabran dan penduduk sedang berehat sebentar

Photobucket
Antara pondok (Pakola) yang dihias dengan Jalur Gemilang

Photobucket
Ketika sedang menghias bendera

Photobucket
Semasa menghias pintu masuk taman

Photobucket
Antara penduduk yang membantu menghiasi
taman permainan

Friday, August 27, 2010

Majlis Sumbangan Anak Yatim Dan Balu Polis Serta Majlis Berbuka Puasa IPD Seri Alam & Nusajaya

Pada Rabu 25 Ogos 2010, JKP Zon Air Biru 2 dijemput ke majlis diatas yang diadakan di Masjid Jamek Al Istiqamah Johor Jaya, Johor Bahru. Seramai lebih 500 orang yang terdiri dari kakitangan Polis dari balai - balai Polis kawasan IPD Seri Alam dan Nusajaya, Jawatankuasa "Community Policing", Pemimpin - pemimpin masyarakat dan penduduk. Hadir di Majlis ini ialah YDH. SAC Dato' Haji Jalaluddin bin Abd Rahman - Ketua Polis IPK Johor dan YDH. DCP. Dato' Mohd Mokhtar bin Hj Md Shariff - Tim. Ketua Polis IPK Johor serta Ketua Polis Daerah Seri Alam dan Nusajaya.

Program bermula dengan sembahyang Maghrib berjemaah serta jamuan berbuka puasa. Selepas itu diadakan Majlis penyampaian sumbangan kebajikan kepada anak-anak yatim dan balu polis (Ibu Tunggal) yang disampaikan olen Ketua Polis Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor. Ia pula dususuli dengan solat terawih berjemaah serta diadakan jamuan moreh diakhir program ini.

Photobucket
Para Tetamu sedang mengambil juadah berbuka

Photobucket
Suasana gembira anak - anak yatim yang diraikan

Photobucket
Sumbangan disampaikan oleh Ketua Polis IPK Johor
kepada anak - anak yatim

Photobucket
Sumbangan kepada Balu Polis

Photobucket
Para tetamu sedang menunggu Solat Isyak dan Terawih

Tuesday, August 10, 2010

Pertandingan Bowling Remaja Zon Air Biru 2 2010


Pada Sabtu 7 Ogos 2010, Biro Belia & Sukan JKP Zon Air Biru 2 bersama dengan Echo Rovers Crew mengadakan pertandingan diatas yang diadakan di Pusat Bowling Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang. Seramai 10 orang peserta terdiri dari remaja dan belia mengikuti pertandingan ini. Turut hadir bersama - sama menyertai pertandingan ialah En. Khairul Fahmi - Setiausaha JKP Zon Air Biru 2.

Pertandingan ini dijalankan sebanyak 2 pusingan bermula dari jam 8.30 malam hingga jam 10.30 malam. Hadiah pula terdiri dari Johan hingga tempat ke 5 serta hadiah khas "Raja Strike" dan "Raja Longkang". Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh En. Norhazli Mohamed - Pengerusi Biro Belia & sukan Zon Air Biru 2 mewakili En. Sabapathy - Pengerusi Zon merangkap Ahli Majlis Zon Air Biru 2.

Peserta masing - masing menunggu giliran
untuk lemparan bowling

Aksi lemparan salah seorang peserta

Pilih bola yang terbaik
En. Norhazli - Pengerusi Biro Belia & Sukan juga menyertai

Penyampaian hadiah oleh En. Norhazli - Pengerusi
Biro Belia & Sukan Zon Air Biru 2

Wednesday, August 4, 2010

Lawatan Ketua WHIP Majlis Perbandaran Pasir Gudang

Pada Selasa 3 Ogos 2010, Zon Air Biru 2 menerima kunjungan lawatan dari Ketua WHIP Majlis Perbandaran Pasir Gudang Tn. Hj. Abd Rahman bin Mohamed dan beberapa Ahli Majlis MPPG disambut oleh En. Sabran Awang - Pengerusi JKP dan En. Khairul Fahmi - Setiausaha JKP Zon bagi meninjau persekitaran dalam Zon Air Biru 2. Turut hadir ialah En. Sabapathy a/l Ramasamy - Ahli Majlis bagi Zon Air Biru 2. Antara tempat - tempat yang dilawati ialah Kebayan Sena, Perumahan serta kedai di Perjiranan 10, Kebayan Timah dan Kebayan Perak.

Ketika sedang meninjau Kebayan Timah

En. Sabapathy bersama Tn. Hj. Abd Rahman melawat gudang
di Kebayan Perak

En. Sabapthy sedang menemurah salah seorang
peniaga kedai di Perjiranan 10

Bergambar bersama Ketua WHIP di Kebayan Sena

Tuesday, August 3, 2010

Bengkel Penyediaan Dan Edaran Bubur Lambuk

Sebahagian peserta bengkel bubur lambuk

Pada 1 Ogos 2010, Jawatankuasa Peti Undi Sek. Keb. Pasir Gudang 3 dengan kerjasama JKP Zon Air Biru 2 telah mengadakan program diatas sempena untuk menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak. Seramai lebih 30 orang peserta hadir membantu sambil mempelajari teknik cara memasak bubur lambuk. Hadir bersama ialah Tn. Hj. A. Rahim bin Latiff - Pengerusi Peti Undi SKPG 3 merangkap Bendahari UMNO Pasir Gudang dan Tn. Hj. Baharudin bin Latif - Pegawai Khas YB Dato' Seri Khaled Nordin.

Program bermula jam 9.00 pagi dimulakan dengan taklimat penerangan bagi penyediaan bubur lambuk oleh Pn. Asimah Jusoh diikuti dengan amali dimana semua peserta bersama - sama bergotong royong memasak dan menyiapkan bubur lambuk tersebut. Pada jam 3.00 petang para peserta mula mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai terutama pengundi - pengundi dari SKPG3 di sekitar kawasan Rumah Pangsa Peringkat 1. Program ini berakhir jam 5.00 petang.

Pn. Asimah (Memakai apron) sedang memberi tunjuk ajar
kepada peserta

Tn. Hj. Rahim juga turut bersama bergotong royong
menyiapkan bubur lambuk

Ketika sedang membungkus bubur lambuk yang telah
siap dimasak untuk edaran kepada orang ramai

En. Sabran - Pengerusi JKP Zon Air Biru 2 bersama
dengan Tn. Hj. A. Rahim dan Tn. Hj. Baharudin

Selain edaran ke rumah, peserta juga mengedarkan
bubur lambuk kepada penguna jalanraya

Sunday, August 1, 2010

Ceramah Kesedaran Denggi Bersama JK Penduduk Pasir Gudang

Pada Sabtu 31 Julai 2010, Majlis Perbandaran Pasir Gudang bersama dengan Jabatan Kesihatan Negeri Johor mengadakan program diatas yang diadakan di Dewan Besar Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang. Seramai hampir 100 orang yang terdiri dari Pengerusi dan AJK Penduduk dalam Zon MPPG, Ketua - ketua dan ahli DeVIT serta wakil - wakil dari persatuan NGO hadir dalam ceramah ini yang dirasmikan oleh Tn. Hj. A. Rahim bin Nin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Turut hadir sebagai penceramah jemputan ialah Dr. Sharom dan Pn. Siti Salina binti Sayuti dari Jabatan Kesihatan Negeri Johor. Ceramah ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan tanggungjawap pemimpin masyarakat dalam menagani nyamuk Aides dan wabak demam denggi serta memberi taklimat tentang situasi dan kedaan semasa wabak denggi yang kini sedang melanda Pasir Gudang khasnya dan Negeri Johor amnya. Program bermula jam 2.00 petang dan berakhir jam 5.00 petang.

Antara pameran dari Jabatan Kesihatan Negeri Johor

VVIP dalam Program Ceramah Kesedaran Denggi

Sessi soal jawap dipengerusikan olen Tn. Hj. A. Rahim bin Nin
Yang Dipertua MPPG

Barisan Ahli Majlis MPPG dan wakil - wakil penduduk

Salah seorang wakil penduduk sedang bertanya soalan
berkenaan nyamuk Aides