Tuesday, June 29, 2010

Program Larian Semarak Perisytiharan MPPG Serta Pertandingan Mewarna & Telematch Zon Air Biru 2

Photobucket

Pada 27 Jun 2010, Zon Air Biru 2 telah menjadi pusat hentian ke 15 dari 21 hentian seluruh Pasir Gudang bagi larian Semarak Perisytiharan MPPG sempena menyambut perisytiharan Pasir Gudang menjadi Majlis Perbandaran pada 1 Julai ini. Seramai 30 orang peserta larian diketuai oleh En. Khairul Fahmi - Setiausaha JKP Zon Air Biru 2 mewakili MPPG Zon Air Biru 2. Penyerahan Baton Watikah Perisytiharan diserahkan olen Tn. Hj. Jamari - Pengerusi JKP Zon Air Biru 3 kepada En. Sabapathy a/l Ramasamy - Ahli Majlis Zon Air Biru 2 di Hentian 14 Kebayan Tembusu dan memulakan larian sejauh 1.5 km sehingga ke Hentian ke 15 di Kebayan Sena, Rumah Pangsa Peringkat 1.

Selain program larian diatas, JKP Zon Air Biru 2 dengan kerjasama Biro Belia & Sukan Zon Air Biru 2, Echo Rovers Crew dan KRT RPP1 mengadakan aktiviti pertandingan mewarna bagi kanak - kanak dan telematch. Pihak penganjur Larian Semarak juga mengadakan aktivitinya iaitu pertandingan kuiz perisytiharan, edaran kupon cabutan bertuah dan cenderahati yang lain yang dikendalikan oleh jemputan khas dari RTM Johor, En. Azizan. Baton kemudian diserahkan kepada En. Hassan bin Sanip - Pengerusi JKP Zon Air Biru 1 untuk larian seterusnya. Larian ini akan berakhir di Hentian ke 20 pada malam 30 Jun di Menara Aqabah.

Photobucket
Penyampaian Baton Perisytiharan oleh Tn. Hj. Jamari
kepada En. Sabapathy di Hentian 14 Kebayan Tembusu

Photobucket
Peserta larian Semarak Perisytiharan sedang berlari
menuju Hentian 15 Kebayan Sena

Photobucket
Pertandingan mewarna di Kebayan Sena

Photobucket
Antara penduduk di sekitar kawasan Zon Air Biru 2
yang hadir memeriahkan program ini

Photobucket
En. Azizan dari RTM Johor sedang mengendalikan
pertandingan kuiz Semarak Perisytiharan

Photobucket
Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan mewarna
disampaikan oleh En. Sabapathy Ahli Majlis Zon Air Biru 2

Photobucket
Acara Telematch yang dikendalikan oleh Echo Rovers Crew

Thursday, June 17, 2010

Telematch & Pertandingan Mewarna Peringkat Zon MPPG Air Biru 2

Bersempena dengan Program Larian Semarak Perisytiharan MPPG, JKP Zon Air Biru 2 berkerjasama dengan Echo Rovers Crew mengadakan aktiviti dibawah:

Aktiviti: Telematch & Pertandingan Mewarna Pt. Zon Air Biru 2

Tarikh: 27 Jun 2010 (Ahad)

Tempat: Kebayan Sena, Rumah Pangsa Peringkat 1

Masa: 12.00 tengahari

Pertandingan Mewarna
- Kanak - Kanak berumur 6 hingga 10 tahun dalam Zon Air Biru 2
- Terhad untuk 50 penyertaan sahaja.
- Penyertaan adalah percuma.
- Kelengkapan mewarna dan kertas disediakan penganjur.

Telematch
- Terbuka kepada semua penghuni dalam Zon Air Biru 2
- Penyertaan adalah percuma

Kuiz Semarak Pengisytiharan MPPG
- Terbuka kepada semua penghuni Zon Air Biru 2 yang hadir.
- Penyertaan adalah percuma

Keterangan lanjut bolehlah menghubungi sekreteriat En Khairul Fahmi - 0177069151

Monday, June 14, 2010

Program Sumbangan KEMAS "Mesra Rakyat" Parlimen Pasir Gudang

Pada Jumaat 11 Jun 2010, KEMAS Parlimen Pasir Gudang dengan kerjasama Tadika KEMAS MMHE dan JKP Zon Air Biru 2 telah mengadakan program penghantaran rumah - kerumah sumbangan diatas yang diadakan disekitar kawasan Rumah Pangsa Peringkat 1, Perumahan Bakti dan Perjiranan 10. Seramai 14 orang yang terdiri dari KEMAS Parlimen Pasir Gudang dan wakil JKP Zon Air Biru 2 mengikuti rombongan penghantaran sumbangan kepada Ibu tunggal, keluarga kurang mampu dan OKU berupa beras, gula, minyak, tepung dan barang - barang keperluan dapur yang lain.

Hadir bersama bagi menyampaikan sumbangan ialah Tn. Hj. Sehabudin bin Ali, Setiausaha UMNO Bahagian Pasir Gudang. Para rombongan berkumpul di Tadika KEMAS MMHE dan bergerak ke Pusat Komuniti RPP1 sebelum memulakan penghantaran. Program ini bermula jam 3.00 petang dan berakhir jam 5.30 petang.


Semasa di Tadika KEMAS MMHE bersama Tn. Hj. Sehabudin

Rombongan penghantaran sumbangan sedang bergerak
dari rumah ke rumah penerima sumbangan

Antara penerima sumbangan dari KEMAS

Penyerahan sumbangan keperluan dapur oleh Tn. Hj. Sehabudin
Setiausaha UMNO Pasir Gudang

Penyampaian cenderahati oleh wakil dari KEMAS kepada
Tn. Hj. Sehabudin diiringi oleh En. Sabran Pengerusi JKP
Zon Air Biru 2

Monday, June 7, 2010

Notis SAJ - Gangguan Bekalan Air Di Kawasan Zon Tmn Air Biru 2

Untuk makluman bahawa akan berlakunya gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Zon Taman Air Biru 2 seperti makluman dibawah:

Tarikh: 10 Jun 2010 (Khamis)
Masa gangguan :-
10.00 pagi hingga 8.00 malam (10 jam)
Kawasan Terlibat :-
Jalan 10/1 hingga 10/28, Jln Sena dan Jln Jati
( RPP1, Perjiranan 10, MMHE Flat, Flat Kastam/Imigresen, Perumahan 69 dan Bakti )

Ini kerana berlakunya kerja - kerja pembersihan saluran paip dikawasan tersebut oleh pihak SAJ. Diminta penduduk yang terlibat dapat menyimpan air secukupnya. Sekian untuk makluman

Saturday, June 5, 2010

Program Semarak Pengisytiharan Majlis Perbandaran Pasir Gudang

Tarikh
25 Jun hingga 4 Julai 2010
Tempat

Sekitar Kawasan Pasir Gudang

Penyertaan

Semua penduduk Kawasan Pasir Gudang

( Mengikut kategori ditetapkan)
Keterangan lanjut

Tentatif Program Semarak Pengisytiharan MPPG

Lawatan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang Ke Zon Taman Air Biru 2

Pada hari Khamis 3 Jun 2010, YDP Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Tn. Hj. A. Rahim bin Nin mengadakan lawatanya ke kawasan Zon Taman Air Biru 2 bagi meninjau kawasan - kawasan perumahan dalam Zon Taman Air Biru 2. YDP MPPG tiba di Pusat Komuniti RPP1 pada jam 4.30 petang disambut oleh En. Sabapathy Ahli Majlis Zon TAB 2, En. Sabran Awang Pengerusi JKP Zon TAB 2 dan beberapa AJK Zon TAB2. Turut hadir ialah En. Zainal Setiausaha MPPG dan beberapa Pegawai Kanan MPPG.

Antara isu yang terdapat dalam zon TAB 2 yang dikemukan kepada YDP berkenaan masalah perparitan serta longkang yang pecah dan tersumbat, masalah rumah kosong, masalah kontraktor pembersihan dan sebagainya. YDP juga telah melawat kawasan tapak bagi cadangan pembinaan Dewan Terbuka untuk masyarakat serta padang futsal Rumah Pangsa Peringkat 1. Antara kawasan lain yang dilawati oleh YDP ialah di Perumahan Perjiranan 10 dan Perumahan 69. Lawatan ini berakhir jam 6.15 petang.

Di ucapkan terima kasih kepada Yang Dipertua MPPG Tn Hj. Abd Rahim bin Nin kerana sudi melawat ke kawasan kami.

Ketibaan Tn. Hj. A. Rahim bin Nin, YDP MPPG disambut oleh
En. Sabapathy
Ahli Majlis MPPG Zon TAB 2

YDP MPPG sedang memerhati carta organisasi di Bilik Komuniti RPP1

YDP bersama En. Sabran, En. Sabapathy dan Pegawai - Pegawai
lain sedang berbincang dan melihat keadaan

Ketika sedang meninjau padang futsal Rumah pangsa Peringkat 1

Ketika di kawasan Perumahan 69

Meninjau keadaan isu pembersihan oleh pihak kontrator

YDP juga meninjau masalah rumah kosong di Perjiranan 10

YDP MPPG sempat beramah mesra dengan penduduk

Lawatan Perintis Ahli Majlis MPPG Zon Taman Air Biru 2

Pada Rabu 2 Jun 2010, En. Sabapathy Ahli Majlis MPPG bagi Zon Taman Air Biru 2 (TAB2) bersama dengan En. Sabran Awang Pengerusi JKP MPPG Zon TAB 2 dan En. Khairul Fahmi Jaafar Setiausaha JKP MPPG Zon TAB2 dan beberapa AJK Zon TAB2 telah melawat beberapa kawasan perumahan di sekitar Zon Taman Air Biru 2 yang merupakan lawatan perintis bagi mengesan masalah - masalah yang berlaku sebelum membawa pekara ini ke makluman Yang Dipertua MPPG yang akan hadir melawat ke kawasan Zon Taman Air Biru 2 pada esoknya.antaranya ialah menyelesaikan masalah kutu beras yang tersebar ke kawasan penduduk Zon Tmn Air Biru 2 dan 3 dari gudang kilang yang berhampiran.

En. Sabapathy sedang melihat masalah perparitan

Antara rintihan dari penduduk berkenaan masalahnya

Meninjau rumah - rumah kosong yang terbiar

Perbincangan berkenaan dengan permasalah kutu beras

Kutu Beras yang dilaporkan menganggu keselesaan penduduk
yang berhampiran