Wednesday, November 25, 2009

Tahniah kepada JKP Zon Tmn Air Biru 2, Pasir Gudang

Tahniah diucapkan kepada kawasan Zon Taman Air Biru 2 kerana memenangi tempat pertama zon paling aktif dalam MPPG bagi tahun 2009 bersempena Majlis Penutup Gerak Kemas MPPG 2009 yang dirasmikan oleh YB. En. M. Munusamy, ADUN Permas pada hari Ahad 22 November 2009 bertempat di pekarangan Bilik Gerakan Persatuan Penduduk Perjiranan 9 Tmn Air Biru. Hadir bersama ialah Tn. Hj A. Rahim bin Hj Nin, Yang Di Pertua MPPG yang baru dan Pegawai Kesihatan Daerah JB. Zon Tmn Air Biru 2 telah memperolehi peruntukan sebanyak RM 50,000 dari MPPG dan sumbangan peruntukan sebanyak RM 5,000 dari YB. ADUN Permas bagi menjalankan projek-projek pembangunan komuniti dikawasan zon berkenaan. Zon Tmn Air Biru 2 dibawah jagaan En. R. Sabapathy a/l Ramasamy, Ahli Majlis MPPG Zon Tmn Air Biru 2 yang juga Ketua MIC Bhg Pasir Gudang dibantu oleh En. Sabran bin Awang, Pengerusi JKP Zon Tmn Air Biru 2 merangkap Pengerusi KRT RPP1. Ini merupakan kali ke 2 memenangi gelaran zon paling aktif setelah menang pertama kalinya pada tahun 2006 yang lalu.

YB. En. M. Munusamy ADUN Permas, YDP Pasir Gudang
dan VVIP yang lain

En. Sabapathy, Ahli Majlis Zon Tmn Air Biru 2 menerima
sijil dan replika peruntukan sebanyak RM 50.000
untuk projek komuniti dari MPPG

Antara penduduk yang hadir dalam majlis ini

Kawasan pameran

Sunday, October 18, 2009

Majlis Sambutan Aidilfitri Rumah Pangsa Peringkat 1 1430 H/2009 M

Pada Jumaat 16 Oktober 2009, Kawasan Rukun Tetangga bersama DeVIT Rumah Pangsa Peringkat 1 telah mengadakan Sambutan Aidilfitri peringkat RPP1 yang diadakan di pekarangan antara blok 16 dan 17, SEDC Flat bermula jam 8.00 malam hingga 11.00 mlm. Seramai lebih 50 orang penghuni RPP1 turun bersama - sama meraikan sambutan ini. Selain itu diadakan juga Majlis Marhaban oleh Persatuan Ya'sin Wanita RPP1 sempena menyambut Aidilfiri yang mulia ini.

Suasana meriah sambutan Aidilfitri RPP1

Para penduduk RPP1 sedang mengambil juadah jamuan

En. Sabran Pengerusi KRT dan DeVIT yang baru sahaja pulang dari KL
turut bersama meraikan sambutan ini

Wednesday, September 2, 2009

Mini Night Xplore Race Sempena Menyambut Ambang Merdeka

Pada Sabtu 30 Ogos 2009, Biro Tunas Jiran dan Jiran Muda KRT RPP1 bersama dengan UMNO Cawangan RPP1 telah mengadakan Mini Night Xplorace bersempena dengan sambutan malam ambang kemerdekaan ke 52 bertempat di pekarangan Pusat Komuniti RPP1. Seramai 32 orang kanak - kanak dan remaja berumur antara 10 hingga 18 tahun menyertai xplorace ini. Perlumbaan ini dijalankan dalam lingkungan kawasan RPP1 dimana terdapat sebanyak 6 checkpoint yang perlu dilalui oleh para peserta xplorace. Kembara ini bermula dari jam 10.00 mlm hingga jam 11.30 mlm. Selepas itu para peserta dan penduduk RPP1 menyambut malam ambang kemerdekaan pada tepat jam 12.00 tghmlm dimana diserikan dengan bunga api, nyanyian lagu - lagu patriotik negara dan deklamasi sajak kemerdekaan oleh peserta Xplore race. Acara kemuncak ialah majlis penyampaian hadiah kepada pemenang xplorace dan hadiah2 lain kepada ahli Kelab kompang dan Poco-Poco yang disampaikan oleh En. Sabran bin Awang, Pengerusi KRT RPP1 yang juga Ketua UMNO cawangan RPP1. Majlis ini berakhir jam 12.30 tghmlm.

Taklimat sedang dijalankan oleh penganjur

Antara peserta Night Xplore Race

Peserta sedang menyelesaikan tugasan yang diberi

Antara checkpoint yang dilalui oleh peserta

Semasa sedang mendeklamasikan sajak kemerdekaan

Antara anggota SRS yang terlibat dalam kawalan Xplore Race ini

Tuesday, August 18, 2009

Kempen Rakan Alam Sekitar Parlimen Pasir Gudang

Pada Ahad 16 Ogos 2009, Seramai 5 orang SRS dari RPP1 telah dijemput membantu kawalan keselamatan program diatas anjuran Jabatan Alam Sekitar Johor dengan kerjasama Jawatankuasa Penduduk Zon Tmn Air Biru 2, Jawatankuasa Gabungan UMNO Kawasan Taman Air Biru dan KEMAS Johor Bahru telah mengadakan program kempen diatas yang diadakan di Padang Awam MSE Flat. Kempen ini dirasmikan oleh oleh Y.Bhg Tn. Hj. Lukman bin Abu Bakar, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Turut hadir ialah wakil dari Jabatan Alam Sekitar Johor. En. Sabapathy a/l Ramasamy, Ahli Majlis MPPG Zon Tmn Air Biru 2, Wakil dari KEMAS dan En. Rahim bin Latiff, Bendahari UMNO Pasir Gudang. Majlis ini juga mengadakan penyampaian anak pokok untuk menghijaukan taman kepada ketua - ketua cawangan dalam Tmn Air Biru serta penyampaian beg sumbangan dari KEMAS untuk murid2 Tadika oleh YDP Pasir Gudang. Majlis perasmian disudahi dengan kempen penanaman pokok beramai - ramai oleh semua ketua masyarakat, politik dan jabatan. Selain kempen dijalankan banyak aktiviti antaranya ialah Sukaneka Hari Keluarga anjuran UMNO cawangan MSE Flat, pertandingan melukis, mewarna, gubahan dan masakan. Pameran dari jabatan kerajaan, demonstrasi dan kempen pengumpulan barang elektrik terpakai e-waste.

Antara VIP yang hadir termasuk YDP Pasir Gudang

Majlis penyerahan anak pokok kepada En. Sabran
Pengerusi KRT RPP1

Majlis pelancaran Kempen Rakan Alam Sekitar & e-waste

Pertandingan melukis dan mewarna

Sukaneka untuk penduduk seluruh Taman Air Biru

Monday, August 17, 2009

Majlis Sumbagan Dari Yayasan Basmi Kemiskinan

Pada Sabtu 15 Ogos 2009, Biro Kebajikan Pemuda UMNO Pasir Gudang dengan kerjasama Pemuda UMNO Cawangan RPP1 telah mengadakan majlis penyampaian diatas yang diadakan di pekarangan Pusat Komuniti RPP1. Sumbangan ini diterajui oleh Yayasan Basmi Kemiskinan (YBM). Majlis penyampaian sumbangan berupa wang tunai RM400.00 untuk fakir miskin seluruh cawangan dalam kawasan Taman Air Biru oleh Sdra Rohazam Shah bin Ahmad, Ketua Pemuda UMNO Pasir Gudang. Turut hadir ialah Y.Bhg Datin Haryati binti Osman, wakil dari YBM dan En. Sabapathy a/l Ramasamy, Ahli Majlis Zon Tmn Air Biru 2 merangkap Ketua MIC Bahagian Pasir Gudang. Dengan sumbangan ini dapat meringan sedikit beban mereka yang kurang mampu terutama untuk persediaan menyambut bulan Ramadhan ini. Seramai 9 orang penduduk di kawasan RPP1 telah layak menerima sumbangan ini.

Y.Bhg Datin Haryati sedang memberikan ucapanya

Antara peserta yang menerima sumbangan dari YBM

Sdra Rohazam sedang menyampaikan bantuan YBM

Sumbangan cenderahati dari YBM disaksikan oleh Ahli Majlis MPPG

Wednesday, July 22, 2009

Taklimat Kesihatan & Gotong Royong Bersepadu Perumahan 69

Pada 19 Julai 2009, Seramai 7 orang Pasukan DeVIT Rumah Pangsa Peringkat 1 dijemput membantu menjayakan program Taklimat Kesihatan & Gotong Royong Bersepadu Perumahan 69 Unit yang diadakan di pekarangan Jalan 10/22, Perumahan 69 Pasir Gudang. Seramai lebih 50 orang peserta hadir dalam gotong royong ini. Turut hadir ialah Pegawai Bahagian Vektor Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru. Turut hadir ialah pasukan DeVIT dari Pejabat Kesihatan Daerah JB Gotong royong ini bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari.

Pegawai Kesihatan sedang memberikan taklimatnya

Antara peserta yang hadir

Para peserta sedang membersihkan kawasan perumahanya

Ahli DeVIT dari Pejabat Kesihatan JB sedangh memeriksa
tempat pembiakan nyamuk Aides

Tuesday, June 9, 2009

Pengerusi KRT RPP1 Dapat Menantu Lagi

Pada Sabtu 6 Jun 2009 berlangsungnya Majlis Perkahwinan anak perempuan Pengerusi KRT RPP1 En. Sabran bin Awang Sdri Noorazila bt Sabran dengan Sdra Mohd Khalimi bin Lia Khad Ali. Seramai hampir 1,000 orang tetamu hadir dalam majlis ini. Turut hadir ialah Y.Bhg Datuk Ibrahim bin Ghaffar, Tim. Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang, En. Sabapathy a/l Ramasamy, Ahli Majlis MPPG Zon Taman Air Biru 2 dan beberapa tetamu utama lain yang hadir dalam majlis ini. Pertama kali pengantin diarak dengan paluan kompang dari Tunas Jiran dan Jiran Muda KRT Rumah Pangsa Peringkat 1 yang baru ditubuhkan sebulan lebih yang lalu.

Wednesday, June 3, 2009

Taklimat Kesihatan & Gotong Royong Bersepadu Rumah Pangsa Peringkat 1

Pada Sabtu 30 Mei 2009, Pasukan DeVIT RPP1 dengan kerjasama JKP Zon Tmn Air Biru 2, KRT RPP1 dan UMNO RPP1 telah mengadakan program diatas bertempat di pekarangan Balai Komuniti RPP1. Seramai lebih 50 org peserta terdiri dari para penduduk RPP1 dan Badan NGO terlibat dalam gotong royong ini. Turut hadir En. Sabapathy a/l Ramasamy, Ahli Majlis MPPG Zon Tmn Air Biru 2, En. Ariffin selaku wakil dari MPPG, Pegawai Khas bg Zon Tmn Air Biru 2 Pn. Roslinda dan En. Isa bin Paksun, Pengerusi DeVIT Pasir Gudang. Sebelum gotong royong dijalankan, para peserta diberi taklimat tentang bahaya nyamuk Aedis/Denggi dan Chikugunya serta berkenaan kesihatan yang lain oleh wakil Pegawai Pejabat Kesihatan daerah Johor Bahru. Gotong Royong dijalankan dalam 2 pasukan dimana pasukan pertama akan bergerak dari Blok 1, 2, 3, 4, 5, 13, 14 dan 15 sedangkan pasukan ke 2 bermula dari Blok 24, 23, 22, 21, 19, 18, 17 dan 16. Peserta lebih menumpukan kepada pembasmian tempat2 pembiakan aedis yang dibantu oleh beberapa Pasukan Kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah JB. Peserta kemudian berkumpul kembalai untuk makan tengahari dan bersurai. Program ini bermula pada jam 8.45 pg hingg 12.00 tengahari.

Antara peserta yang hadir dalam taklimat ini

Wakil dari Pejabat Kesihatan Daerah JB memberikan
taklimatnya

En. Sabapathy, Ahli Majlis Zon Tmn Air Biru 2 sedang
meninjau gotong royong penduduk

Penghuni dan Ahli DeVIT bersama - sama membasmi
tempat pembiakan nyamuk Aides

Antara kerja gotong royong yang dijalankan

Wednesday, March 25, 2009

Gotong Royong Bersepadu Perjiranan 10

Pada Ahad 22 Mac 2009, DeVIT RPP1 telah membantu menjayakan program diatas yang diadakan di seluruh kawasan perumahan Perjiranan 10, Pasir Gudang. Sebelum gotong royong berjalan, diberi sedikit taklimat berkenaan COMBI dan Aides oleh En. Isa bin Paksun, Pengerusi Pasukan DeVIT kawasan Pasir Gudang. Turut hadir ialah En. Ariffin wakil dari MPPG dan Tn. Hj. Sabran, pengerusi JKP Zon Tmn Air Biru 2. Program bermula pada jam 9 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari.


Saturday, February 28, 2009

Taklimat COMBI dan Gotong Royong MSE Flat

Pada hari Ahad 22 Febuari 2009, Pasukan DeVIT RPP1 dijemput bagi menjayakan Taklimat dan Program Gotong Royong COMBI anjuran Jawatankuasa Penduduk MSE Flat yang diadakan di Padang Awam MSE Flat. Seramai hampir 100 orang peserta dari penduduk rumah pangsa MSE Flat terlibat dalam gotong royong ini. Pada malam 21 Febuari 2009, diadakan sessi taklimat berkenaan Aides dan Denggi serta peranan COMBI yang disampaikan oleh En. Isa bin Paksun, Pengerusi DeVIT Pasir Gudang. Pada paginya pula diberi taklimat oleh wakil dari Pejabat Kesihatan daerah Johor Bahru berkenaan tugas - tugas yang akan dijalankan oleh penduduk semasa gotong royong berjalan. Para ahli DeVIT pula ditugaskan menyampai maklumat dari rumah ke rumah berkenaan pentingnya memeriksa tempat pembiakan nyamuk di dalam rumah dan bahaya demam denggi dan chikungunya. Selain gotong royong, diadakan juga pameran dari Pejabat Kesihatan Daerah dan DeVIT Pasir Gudang.

Taklimat berkenaan COMBI oleh En. Isa bin Paksun

Penduduk MSE Flat sedang menjalankan
gotong royong disekitar MSE Flat

Antara peserta gotong royong yang hadir dalam
program ini

Ahli - ahli DeVIT bergambar bersama penduduk
MSE flat selepas program